"He that planteth a tree provideth a kindness for many generations, and faces that he hath not seen shall bless him."
- Henry Van Dyke
kami memotong kulit tanah
buat ruang dan daerah wujudmu,
anak penaga
dan anak kepada hasrat kami,
di tanjung nyaman ini.
sebatang penaga laut
kami serahkan pada seri hari
supaya kau berdiri
lurus,
menyaring angin pagi
dan asin laut.
saksikanlah
pekan menjalar,
bangsa-bangsa belayar di depan bayangmu,
kapal memunggah muatan
dan manusia sibuk urusan.
hulurlah sejukmu
kepada budaya
yang berbaur bagai
dan nilai yang tegak
di depan masyarakat.
lindungilah rumah dan balai tua
yang dibina waktu
dan sejarah di bawah bukit
kerana sejarahlah
yang melukis wajah kami
di depan kampung
serahkanlah buahmu
kepada langit dan hujan,
kepada tanjung
dan alir zamannya,
semoga pulau ini
aman di tepi selat
yang beriak tenang.
muhammad haji salleh
bukit jambul
19 julai, 2008.
Muhammad Haji Salleh
Sasterawan Negara, Prof. Muhammad Haji Salleh dilahirkan di Temerlok, Trong, Taiping, Perak pada waktu Pendudukan Jepun iaitu 1942. Bagaimanapun beliau dibesarkan di Bukit Mertajam, kampung ibunya. Beliau menerima pendidikan di Malay College, Kuala Kangsar; Sekolah Agama Al-Masriyah, Bukit Mertajam; Brinsford Lodge; University Malaya, Singapura; Universitas Indonesia dan University of Michigan, Ann Arbor. Prof. Muhammad telah berkecimpung dalam dunia sastera selama 30 tahun dan atas pencapaiannya beliau telah dianugerahkan Hadiah Sastera
Penaga Laut
Calophyllum inophyllum
Alexandrian Laurel
Tanjung Penaga – atau ‘
Sempena Sambutan Perayaan Bandar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, kami menanam 10 batang pokok Penaga Laut di Padang Kota, dengan ini mengiktirafkan jati diri tempatan
Tanjung Penaga – or ‘
As part of the George Town UNESCO World Heritage Site Celebrations, we are planting 10 Penaga Laut trees in
Majlis Penanaman
Sempena Sambutan Perayaan Bandar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO
Hari Jumaat, 25 Julai 2008, Pukul 5.00 petang, di Padang Kota Lama
‘Penaga Laut’ Tree-Planting Ceremony
Friday, 25 July 2008
5.00 pm in Padang Kota Lama
ATURCARA/PROGRAMME
Peresmian oleh
Officiation by
Planting of Trees by MPPP and civil society organisations
Participating:
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Penang Tourism Action Council (PTAC)
Khazanah Nasional Berhad, Penang Office
Socio-Economic & Environmental Research Institute (SERI)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Wawasan Open University (WOU)
Penang Botanic Gardens (PBG)
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
George Town Heritage Committee
Women's Centre for Change (WCC)
Swiss anthropologists in Penang (University of Lausanne, University of Fribourg, University of Neuchatel)
API Fellows (Prof. Muhammad Haji Salleh, Abdur-Razzaq Lubis, Khoo Salma Nasution)
and others
News Report of the above event and subsequent plantings of the Penaga Laut in Penang
28 July 2008 Penaga Laut trees are back in George Town [at Padang Kota]
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/7/28/north/21930010&sec=north
August 16, 2008 Symbol of George Town planted [at Penang Governor's official residence Seri Mutiara]
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/8/16/north/1819317&sec=north
August 25, 2008 Joint effort to rid beach of rubbish [and plant trees along the beach at Batu Ferringi]
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/8/25/north/1828905&sec=north
All photos © Khoo Salma Nasution